.
Lewat ini, takdir mencatatkan aku bertemu dgn dua insan baru.
Pertama, seorang yg garang. Sangat garang. Terasa diri sgt bodoh di sisinya, kerna sukar sekali ku serap ilmu yg dititipnya.
Payah.
Bak nimbostratus yg hadir menjengah tiba2, ku tahan air mata. Pantang! Ku pinjam sedikit kekuatan drp juara piala FA lalu ; jgn mengalah. Jgn putus asa meski digasak sehebatnya.
Kian ku hadiahkan saja senyuman. Buat penguat diri.
Kerna aku teringat rentetan pena si Ikal. Belajar adalah sikap berani menentang segala ketidakmungkinan ; bahwa ilmu yg tidak dikuasai, akan menjelma dlm diri manusia sbg ketakutan. Ketakutan.
Maka aku tak mahu hidup dalam perkataan terakhir itu.
Insan kedua, adalah seorang yg menyenangkan. Bertambah satu lg episod perkenalanku dgn umat manusia. Luarannya cukup biasa, namun rupa-rupanya seorang pemandu drift yg boleh ku anggap sbg profesional. Hebat. Terasa sprti berada dlm filem KL Gangster, atau Kl Drift, walaupun hakikatnya dua2 filem itu hanya ku lihat trailer di tv shja.
Pertemuan yg menyenangkan.
Hilang, terbang dan melayanglah sgala kecamuk di hati sebelumnya.
Maka
lengkaplah hari ini. Pertemuan dgn dua manusia, seperti yg sudah tercatat dlm aturan-NYA.
Dan aku pasti, dgn siapa kita bersua, pasti ada alasan dan akibatnya. Ekstrapolasi manusia selalunya tewas dgn itu.
Entah siapa pula yg akan ku bertemu esok.
.
22 minutes ago

2 contengan:
i bet the garang one is ur cikgu right? but i didn't know who is the second person, aho ke??hahaha
haha apa plak. x bkait :p
Post a Comment