dan si kecil itu adalah aku
bak kabus dimamah sirna,
langsung tak kelihatan di sipi pandangmu
terbangku sekadar bertatih
melengkapkan bingkisan perjalanan yg baru bermula
bukan aku sepertinya kamu
yg gah mendasari langit syahdu
bukan jua aku seperti mereka
girang bernyanyi di balik pentas menghijau
kerana aku adalah aku
kan ku cekal menebar sayap, merentas angkasa
meski rebah ; kerna itu metafora kehidupan
biarkan aku menakluk mimpi-mimpi itu

photo: http://sfblogg.com

1 contengan:
jangan kesal untuk rebah,
hanya gembira untuk bangun lagi.
:)
Post a Comment